Friday 21 September 2012

Soalan Lazim Mengenai Jamu Ratus Warisan.

Jamu Ratus Warisan
Soalan Lazim Jamu Ratus Warisan.

1. Pada usia berapakan JRW boleh diamalkan?
JRW boleh diambil seawal usia 15 tahun, setelah cukup umur iaitu perempuan dengan datangnya
haid.

2. Bagaimanakah cara pengambilan JRW yang paling berkesan?
Ambil 1 sudu the JRW antara jam 6.30-7.30pagi setiap hari sebelum perut disi. Sekali sehari sahaja sudah mencukupi. Boleh ditambah menjadi 2 kali sehari mengikut ketahanan badan.

3. Bolehkah saya mencampurkan JRW dengan makanan tambahan yang lain?
Boleh. Disarankan agak pengambilan JRW & makanan tambahan lain dengan jarak sela masa tertentu. Tidak digalakkan mencampurkan JRW dengan produk berasaskan herba lain bagi mengelakkan sistem badan keliru.

4. Bolehkan saya menjadikan JRW sebagai jamu untuk diambil ketika dalam pantang/selepas melahirkan anak?
Boleh. Mula ambil 2 sudu the JRW sebelum ibu sarapan pagi selepas bayi tanggal pusat.

5. Adakah JRW selamat dimakan oleh ibu yang sedang menyusukan anak?
Selamat malah membantu pertambahan susu ibu kerana kandungan herba terpilih di dalamnya seperti habatussauda dan lain-lain.

6. Mata anak saya berair, badan anak saya tumbuh ruam, anak saya berak cair selepas saya mengambil JRW. Adakah ia selamat dan sesuai untuk anak saya yang baru lahir itu?
Selamat. Jika keadaan bayi sedemikian maka disarankan kepada ibu supaya menjarakkan masa pengambilan JRW. Ambil JRW selang satu hari atau selang 2 hari untuk memberikan masa penyesuaian kepada bayi.

7. Saya sudah mengamalkan JRW selama sebulan iaitu sekotak, namun haid saya menjadi lambat, mengapakah ini terjadi?
Sistem haid terganggu berkemungkinan masalah hormon yang sedikit bertukat. Saranan kami agar pengambilan JRW diteruskan selama 3 bulan secara konsisten dan pantau masalah haid dari semasa ke semasa. Jika masih sama dalam masa 3 bulan maka pengguna berkemungkinan tidak sesuai dengan produk.

8. Sepanjang saya mengamalkan JRW, saya tidak sedar saya telah mengandung. Adakah JRW memberikan efek negatif kepada bayi saya?
InsyaALLAH tidak. Disarankan agar ibu terus berhenti mengambil JRW. JRW tidak sesuai untuk ibu mengandung.

No comments:

Post a Comment